Informasi Barangan Bayi Baru Lahir | Berikut merupakan beberapa barangan bayi yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa ketika menyambut kelahiran bayi tersebut.
Persediaan untuk bayi
- Baju siang baby – 5 pasang. (terpulang la kepada anda)
- Baju malam baby – 5 Pasang.
- Stokin tangan n kaki.
- Napkin kain – utk bedung dia.
- Pampers – newborn 1 paket dan saiz S 2 paket (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar).
- Wet tissue @ tisu basah – dalam 4 paket (100 helai) (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar).
- Topi baby.
- Selimut baby dan bantal baby.
- Minyak untuk sapu kat perut (saya guna minyak yuyi cap limau).
- Kain lampin.
- Barut- Untuk mengelakkan dari kembung perut.
- Tuala.
- Sabun baby.
- Syampu baby.
- Sikat rambut.
- Losyen.
- Putik kapas – untuk cuci pusat.
- Cotton buds.
- Bedak baby (bukan talcum).
- Besen mandi baby.
- Bakul alatan mandian.
- Pelapik getah.
- Pemotong kuku.
- Raga/ bakul – untuk letak pakaian baby.
- Beg bayi.
- Tilam.
- Katil. *
- Termometer. *
- Nursing Pillow – bagus untuk membantu ibu2 menyusu baby terutama yang baru bergelar ibu (tak biasa laa katakan)..*
- Car seat & stroller. *
- Botol susu, berus botol susu (saya sarankan ibu2 beli je set new starter. lagi jimat lagi senang dan tak perlu pening2 nak pilih barang apa yang tak cukup lagi). *
* Item ini bagi yang ada bajet lebih. Sedia kan kemudian pun boleh.

5 Makanan Bantu Kesuburan Wanita | Secara umumnya, faktor genetik memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kesuburan seseorang. Bagaimanapun, faktor nutrisi juga mampu mempengaruhi keupayaan seseorang wanita untuk mudah hamil.
Menurut pakar kesihatan holistik yang juga penulis buku Women-Code, Alisa Vitti, sistem reproduksi yang lebih sihat dapat diperoleh menerusi keseimbangan hormon yang terhasil menerusi diet pemakanan.
Lima makanan yang dikatakan mampu meningkatkan kualiti kesuburan wanita ialah avokado, biji bunga matahari, kayu manis, telur dan gandum kuda.
Buah avokado kaya dengan kandungan lemak tak tepu yang dapat menambah kesuburan, manakala pengambilan tiga genggam biji bunga matahari seminggu mampu meningkatkan kualiti sel telur.
Sementara itu, Vitti memberitahu, kayu manis dan gandum kuda merupakan bahan makanan yang akan merangsang proses ovulasi wanita.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar telur diambil secara rebus separuh masak bagi mengekalkan kandungan vitamin D dan B6 untuk penghasilan progesteron iaitu hormon penting untuk kehamilan.
SUMBER
Kebaikan Dan Keburukan Pil Perancang | Pil perancang kehamilan merupakan alternative untuk wanita bagi merancang kehamilan mereka.
Mungkin juga usia anak yang masih kecil membuatkan anda berasa untuk menjarakkan sedikit tempoh hamil seterusnya.
Namun mungkin ada antara anda yang tidak tahu akan baik dan buruknya mengambil pil perancang kehamilan ini.
Kebaikan
Pil perancang kehamilan ini dapat mengawal kehamilan mengikut tempoh yang kita mahukan. Ia juga boleh merawat haid yang tidak menentu, malah mencegah risiko dari terkena penyakit kanser ovary dan rahim.
Keburukannya
Pil perancang mengandungi beberapa hormone tambahan dalamnya, kesan dari pengambilannya akan menyebabkan emosi kadang-kala tidak stabil dek kerana hormone yang berlebihan dalam badan. Ini kerana sesetengah pil perancang akan memberi kesan kepada berat badan sama ada kamu akan mengalami penurunan berat badan yang mendadak atau sebaliknya.
Apa-apa pun seeloknya, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar sebelum membuat keputusan untuk menjadikan pil perancang sebagai keutamaan anda.
Cara Mengenal Pasti Bayi Mahu Tidur | Menurut pengkaji, seorang bayi yang letih/penat dan ingin tidur akan menunjukkan tanda-tanda berikut:
- Bayi akan menangis/mengeluarkan bunyi ‘OWH’.
- Mulut bayi berbentuk ‘O’ dan seperti menguap.
- Menggosok-gosok mata.
- Bibir mata bayi kemerah-merahan.
- Pergerakan bayi akan tersentak-sentak.
- Menarik telinga.
- Menggeliat.
- Menolak badannya ke atas.
- Menggaru-garu kepala.