Pages

Sunday, February 16, 2014

Prosedur Bersalin Menggunakan Vakum


Prosedur Bersalin Menggunakan Vakum 

1. Doktor akan memeriksa saiz kepala bayi dan bukaan salur kelahiran untuk memastikan tiada halangan semasa proses bersalin.


2. Berat bayi dianggarkan melalui pemeriksaan abdomen dan saiz uterus. pelvis diperiksa melalui pemeriksaan vagina.

3. Anda perlu meletakkan kaki diatas stirrups (kedudukan lithotomy).

4. Tiub getah akan dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk mengosongkannya.

5. Seterusnya doktor akan memasukkan cawan vakum ke dalam vagina.

6. Cawan akan diletakkan di kepala bayi dan doktor akan memastikan tiasa tisu serviks yang terperangkap di dalamnya.

7. Semasa uterus mengecut, tekanan vakum akan ditingkatkan sehingga 0.7kg/cm2 dan perlahan-lahan doktor akan menarik pemegang cawan tersebut, membantu bayi menuruni salur kelahiran.







8. Setelah tekanan yang dikehendaki diperolehi, doktor akan menarik pemegang di bahagian dasar cawan.

9. Ibu hendaklah meneran berselang seli dengan kuasa yang dikenakan.

10. Antara pengecutan rahim, tekanan dalam vakum dilepaskan tetapi cawan vakum masih berada ditempatnya.

11. Episiotomi perlu untuk memastikan bukaan vagina cukup besar bagi bayi keluar.

12. Sebaik sahaja kepala bayi berada di bukaan vagina tekanan pada cawan dilepaskan dan bayi dilahirkan seperti bersalin spontan melalui vagina.

13. Seterusnya, mukus di dalam mulut dan hidung bayi disedut. Kemudian baru lah bahu dan badan dilahirkan.

14. Plasenta akan dikeluarkan.

15. Luka pada vagina akan dijahit menggunakan benang yang boleh mereput secara semulajadi.

16. Selepas kelahiran vakum, bayi akan mengalami pembengkakan tisu lembut di bahagian kepala. Ia akan hilang selepas 3 bulan.

Thursday, February 13, 2014

Adab Sambut Kelahiran Bayi Menurut Islam


Adab Sambut Kelahiran Bayi Menurut Islam | Keriangan sebagai ibu bapa apatah lagi beragama Islam ketika menerima kelahiran anak patut diiringi dengan ucapan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.
Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna patut dijadikan pedoman kepada semua penganutnya. Adab-adab menyambut kelahiran bayi seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang menerima kelahiran zuriat. Menurut Ustaz Abu Hasan Al Ash’ari Zakaria, Konsultan Umrah Akademi Mutawwif Trainning and Consultancy, terdapat beberapa panduan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik anak yang dikandung selamat lahir ke dunia.

Sebelum itu, Ustaz Abu Hasan yang juga berpengalaman sebagai penceramah di stesyen radio dan televisyen ini menyuruh pasangan suami isteri dan keluarganya mengamalkan bacaan doa Nabi Yunus, Surah Al-Anbiaq ayat 87 supaya mudah bersalin.

Antara adab-adab yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut :
1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).
2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.
Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.
3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.
4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.
5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.
6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.
7. Sunat melakukkan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.
8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.
10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.

Thursday, February 6, 2014

Mengawal Anak Mengamuk


Mengawal Anak Mengamuk | Pernahkah anda mengalami keadaan anak-anak yang mengamuk. Tidak semena-mena dia menjerit, membaling barang-barang yang ada, sukar untuk dipujuk dan sebagainya.

Anak yang sedang mengamuk bagaikan seorang yang hilang kawalan, sebenarnya sedang menghadapi badai dan taufan dalam emosinya. Dia memerlukan seseorang yang lebih bijak untuk membawanya keluar daripada keadaan itu dengan selamat.

Sebagai ibu bapa, anda pula tidak harus hilang kawalan saat itu, kalau tidak pastinya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Sekiranya anda memarahi anak secara melulu, menengking dan menjerit kepada mereka, tidak akan memberi kesan yang positif bagi jangka panjang.

Pada awalnya memanglah mereka akan nampak diam dan nampak seperti mendengar kata, tetapi hati dan jiwa mereka tercalar. Dalam situasi seperti ini perlunya nilai-nilai kepimpinan dalam diri ibu dan bapa untuk mengendalikan keadaan.

Jika mereka tidak faham tindakan anda dan pertalian anda dengan mereka tidak rapat, apabila mereka semakin besar mereka tidak lagi menghormati anda. Ini kerana anda tidak menunjukkan kepada mereka yang anda boleh mengawal keadaan dengan tenang dan tegas, penuh hormat dan kasih sayang serta tidak melukakan emosi dan jiwa mereka.

Memang kita geram dengan perangainya pada ketika itu, tetapi ingatlah bahawa anak kita itu tidak dilahir sememangnya degil dan jahat atau suka mengamuk dan akan mengamuk hanya untuk menyakitkan hati ibu bapa yang dia sayang.

Fikir-fikirkan kembali mengapa pula dia hendak menjadi degil? Adakah hanya kerana dia sememangnya dilahirkan degil dan berperangai seperti hantu?

Adakah mereka ini keturunan Adam A.S yang taat dan kasih kepada Allah atau keturunan iblis yang tidak mahu taat kepada Allah? Jawapan soalan ini memberi anda kesedaran betapa tidak baiknya kita bersangka buruk terhadap anak kita apabila mereka lemah pada ketika itu.

Jika kita fikir sejenak, memang tidak logik untuk kita memikirkan anak kita ini mengamuk hanya kerana memang itu tabiatnya.

Itulah sebabnya, apabila kita mengawal diri kita, kita boleh tahu, anak ini mungkin letih, mungkin rasa tidak dikasihi atau keletihan sehingga dia hilang kawalan emosinya.



Sunday, February 2, 2014

Tidur Malam Hindari Kanser Prostat


Tidur Malam Hindari Kanser Prostat SAINTIS berpendapat lelaki yang memperoleh kualiti tidur malam yang baik mampu menghindari penyakit kanser prostat.

Ini kerana kajian menunjukkan individu yang memiliki kandungan hormon tidur, melatonin, yang tinggi, berisiko 75 peratus lebih rendah untuk mendapat penyakit maut tersebut.
Melatonin dihasilkan oleh badan ketika keadaan gelap dan membantu mengawal kitaran tidur seseorang.
Individu yang mempunyai kandungan melatonin yang rendah cenderung untuk mengalami masalah tidur dan kerap berjaga pada waktu malam.
"Masalah kesihatan yang dikaitkan dengan melatonin rendah merangkumi aspek yang luas termasuklah risiko diserang kanser," ujar ketua penyelidik, Sarah Markt dari Sekolah Kesihatan Awam Harvard di Boston, Amerika Syarikat.
Biarpun penemuan itu memerlukan kajian lanjut, para saintis masih menekankan pentingnya tidur pada waktu malam.
Dr. Mathhew Hobbs dari Prostate Cancer United Kingdom memberitahu, lebih 40,000 lelaki didiagnosis dengan kanser prostat setiap tahun di United Kingdom.

Anak Masih Cakap Pelat

Soalan:
Anak sulung saya kini berusia 4 tahun. Berbanding adiknya yang berusia 3 tahun, si abang agak lambat untuk faham tentang sesuatu. Malah dia masih pelat dan jauh beza dengan adiknya yang petah bercakap. Adakah keadaan ini normal bagi kanak-kanak dan bagaimanakah caranya untuk dia lebih cepat faham dan dapat bertutur dengan lancar?

Jawapan:
Pada umumnya, 75 peratus kanak-kanak boleh menyebut bunyi-bunyi tertentu pada umur yang tertentu. Contohnya, pada usia anak 3 tahun, mereka sudah boleh menyebut bunyi-bunyi b,d,g,h,m,n,p,t,w, ng. Apabila umur mereka mencecah 3 1/2 tahun, mereka boleh menyebut k,f.
Pada usia anak 4 tahun pula, mereka boleh menyebut l, sh, ch. Seterusnya, pada usia anak 4 1/2 tahun, mereka boleh  menyebut j,s,z. Pada usia anak 5 tahun pula, mereka sudah boleh membunyikan huruf r. Pada usia anak 6 tahun pula, mereka sudah pandai membunyikan huruf v.
Apabila usia mereka meningkat 7 tahun, mereka menjadi semakin cekap dan boleh membunyikan th (macam bunyi huruf tha (huruf al quran). Namun, perlu diingatkan sekali lagi, 75 peratus sahaja kanak-kanak yang boleh menyebut huruf-huruf tertentu mengikut tahap umur mereka. Tidak semua kanak-kanak akan melalui tahap yang serupa.
Mungkin mereka cepat berjalan, oleh sebab itu  mereka agak lambat untuk bercakap dan juga sebaliknya. Mungkin disebabkan faktor kognitif dan sosialisasi mereka. Sekiranya sudah berjumpa doktor dan anak tuan tiada masalah atau kecacatan fizikal, mungkin anak tuan mengambil sedikit masa untuk bertutur sepenuhnya berbanding adiknya. Cuma, jangan terlalu melayan pelatnya itu sehinggakan kita sebagai ibu bapa turut bercakap pelat dengannya. Betulkan setiap kali anak tuan bercakap pelat. Jangan dimarahi seperti “itu salah...berapa kali nak cakap”, nanti anak-anak akan berasa bimbang, cemas, takut, dan malu. Hanya ulang semula perkataan yang pelat dengan perkataan yang  betul dan mintanya mengulanginya. Jangan pula membandingkan dengan adiknya seperti “ tengok tu, adik lagi pandai dan cekap dari abang”. Dengan berbuat demikian akan hanya menjadikannya rasa rendah diri dan mungkin marah dan dendam dengan adiknya.

Tuesday, January 28, 2014

Informasi Barangan Bayi Baru Lahir


Informasi Barangan Bayi Baru Lahir | Berikut merupakan beberapa barangan bayi yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa ketika menyambut kelahiran bayi tersebut. 

Persediaan untuk bayi


  1. Baju siang baby – 5 pasang. (terpulang la kepada anda)
  2. Baju malam baby – 5 Pasang.
  3. Stokin tangan n kaki.
  4. Napkin kain – utk bedung dia.
  5. Pampers – newborn 1 paket dan saiz S 2 paket (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar).
  6. Wet tissue @ tisu basah – dalam 4 paket (100 helai) (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar).
  7. Topi baby.
  8. Selimut baby dan bantal baby.
  9. Minyak untuk sapu kat perut (saya guna minyak yuyi cap limau).
  10. Kain lampin.
  11. Barut- Untuk mengelakkan dari kembung perut.
  12. Tuala.
  13. Sabun baby.
  14. Syampu baby.
  15. Sikat rambut.
  16. Losyen.
  17. Putik kapas – untuk cuci pusat.
  18. Cotton buds.
  19. Bedak baby (bukan talcum).
  20. Besen mandi baby.
  21. Bakul alatan mandian.
  22. Pelapik getah.
  23. Pemotong kuku.
  24. Raga/ bakul – untuk letak pakaian baby.
  25. Beg bayi.
  26. Tilam.
  27. Katil. *
  28. Termometer. *
  29. Nursing Pillow – bagus untuk membantu ibu2 menyusu baby terutama yang baru bergelar ibu (tak biasa laa katakan)..*
  30. Car seat & stroller. *
  31. Botol susu, berus botol susu (saya sarankan ibu2 beli je set new starter. lagi jimat lagi senang dan tak perlu pening2 nak pilih barang apa yang tak cukup lagi). *
* Item ini bagi yang ada bajet lebih. Sedia kan kemudian pun boleh.

5 Makanan Bantu Kesuburan Wanita


5 Makanan Bantu Kesuburan Wanita | Secara umumnya, faktor genetik memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kesuburan seseorang. Bagaimanapun, faktor nutrisi juga mampu mempengaruhi keupayaan seseorang wanita untuk mudah hamil.

Menurut pakar kesihatan holistik yang juga penulis buku Women-Code, Alisa Vitti, sistem reproduksi yang lebih sihat dapat diperoleh menerusi keseimbangan hormon yang terhasil menerusi diet pemakanan.

Lima makanan yang dikatakan mampu meningkatkan kualiti kesuburan wanita ialah avokado, biji bunga matahari, kayu manis, telur dan gandum kuda.

Buah avokado kaya dengan kandungan lemak tak tepu yang dapat menambah kesuburan, manakala pengambilan tiga genggam biji bunga matahari seminggu mampu meningkatkan kualiti sel telur.

Sementara itu, Vitti memberitahu, kayu manis dan gandum kuda merupakan bahan makanan yang akan merangsang proses ovulasi wanita.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar telur diambil secara rebus separuh masak bagi mengekalkan kandungan vitamin D dan B6 untuk penghasilan progesteron iaitu hormon penting untuk kehamilan.

SUMBER

Monday, January 27, 2014

Kebaikan Dan Keburukan Pil Perancang


Kebaikan Dan Keburukan Pil PerancangPil perancang kehamilan merupakan alternative untuk wanita bagi merancang kehamilan mereka.

Mungkin juga usia anak yang masih kecil membuatkan anda berasa untuk menjarakkan sedikit tempoh hamil seterusnya. 

Namun mungkin ada antara anda yang tidak tahu akan baik dan buruknya mengambil pil perancang kehamilan ini. 

Kebaikan
Pil perancang kehamilan ini dapat mengawal kehamilan mengikut tempoh yang kita mahukan. Ia juga boleh merawat haid yang tidak menentu, malah mencegah risiko dari terkena penyakit kanser ovary dan rahim. 

Keburukannya
Pil perancang mengandungi beberapa hormone tambahan dalamnya, kesan dari pengambilannya akan menyebabkan emosi kadang-kala tidak stabil dek kerana hormone yang berlebihan dalam badan. Ini kerana sesetengah pil perancang akan memberi kesan kepada berat badan sama ada kamu akan mengalami penurunan berat badan yang mendadak atau sebaliknya. 

Apa-apa pun seeloknya, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar sebelum membuat keputusan untuk menjadikan pil perancang sebagai keutamaan anda.

Monday, January 20, 2014

Cara Mengenal Pasti Bayi Mahu Tidur


Cara Mengenal Pasti Bayi Mahu TidurMenurut pengkaji, seorang bayi yang letih/penat dan ingin tidur akan menunjukkan tanda-tanda berikut:

  1. Bayi akan menangis/mengeluarkan bunyi ‘OWH’.
  2. Mulut bayi berbentuk ‘O’ dan seperti menguap.
  3. Menggosok-gosok mata.
  4. Bibir mata bayi kemerah-merahan.
  5. Pergerakan bayi akan tersentak-sentak.
  6. Menarik telinga.
  7. Menggeliat.
  8. Menolak badannya ke atas.
  9. Menggaru-garu kepala.